Assalamualaikum wbt. Eksperimen PEKA Sains 2 - Udara & Pembakaran.
TAJUK: UDARA DAN PEMBAKARAN
1.0) TUJUAN: Mengkaji kesan isipadu udara dengan tempoh masa pembakaran lilin.
2.0) HIPOTESIS: Semakin besar isipadu bikar, semakin lama tempoh masa nyalaan lilin.
3.0) PEMBOLEHUBAH:
3.1) Dimalarkan: Jenis lilin
3.2) Dimanipulasikan: Saiz bikar (100, 250 dan 500 mL)
3.3) Bergerakbalas: Tempoh masa nyalaan lilin
4.0) RADAS & BAHAN:
4.1) Lilin sama saiz dan jenis
4.2) Bikar 100, 250, dan 500 mL
4.3) Jam randik
4.4) Mancis
5.0) LANGKAH-LANGKAH:
5.1) Lilin ditegakkan di atas meja.
5.2) Lilin dilabelkan sebagai A, B, dan C.
5.3) Lilin A dinyalakan.
5.4) Kemudian, lilin A ditutup dengan bikar 100 mL sebaik sahaja ia dinyalakan.
5.5) Tempoh masa nyalaan lilin diambil dengan menggunakan jam randik dan direkodkan dalam Jadual 1. Langkah yang sama diulangi sebanyak 3 kali.
5.6) Langkah 5.1 sehingga 5.5 diulangi dengan lilin B dan C, satu demi satu dengan menggunakan bikar 250 dan 500 mL masing- masing.
6.0) PEMERHATIAN & KEPUTUSAN:
Jadual 1. Tempoh masa nyalaan lilin A, B dan C semasa ditutup dengan bikar pelbagai saiz.
Lilin | Tempoh masa nyalaan lilin, s | Purata tempoh masa nyalaan lilin, s | ||
Pengukuran 1 | Pengukuran 2 | Pengukuran 3 | ||
A | ||||
B | ||||
C |
7.0) PERBINCANGAN DAN ANALISIS:
7.1) Lilin A ditutup dengan bikar _______ mL mempunyai purata tempoh masa nyalaan ___________ s.
7.2) Lilin B yang ditutup dengan bikar _______ mL mempunyai purata tempoh masa nyalaan _________ s.
7.3) Lilin C yang ditutup dengan bikar ________ mL mempunyai purata tempoh masa nyalaan ___________ s.
7.4) Lilin ____ mempunyai tempoh masa nyalaan yang paling lama, kerana saiz isipadu udara yang paling __________.
8.0) KESIMPULAN:
Isipadu udara mempengaruhi tempoh masa nyalaan lilin, iaitu lebih besar saiz bikar, lebih _______ tempoh masa nyalaan lilin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan