Selasa, 28 Jun 2011

ANALISIS PMR 2010

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

Jadual 1. Beza peratus keputusan PMR 2010 dengan 2009 mengikut gred.
Jumlah calon 2010
35
Jumlah calon 2009
27
Gred
% 2010
% 2009
Beza
A
0.0
0.0
0.0
B
0.0
14.8
-14.8
C
14.3
11.1
+3.2
D
82.9
70.4
+12.5
A + B + C + D
97.1
96.3
-0.8
E
2.9
3.7
-0.8


            Berdasarkan Jadual 1, terdapat peningkatan bilangan calon PMR 2010 berbanding 2009. Majoriti calon mendapat gred D, dengan beza % sebanyak +12.5 berbanding tahun 2009. Selain itu, terdapat peningkatan beza % sebanyak +3.2 berbanding tahun 2009 untuk gred C. Secara keseluruhan, calon PMR 2010 hampir kesemuanya lulus subjek Sains kecuali seorang, iaitu dengan beza % -0.8.
            Berdasarkan pemerhatian saya, calon akan dapat menunjukkan peningkatan gred jika diberi lebih masa untuk mengulangkaji. Terdapat beberapa masalah dalaman seperti pertukaran guru yang mengajar subjek ini pada awal pertengahan tahun 2010. Lantaran itu, mungkin pelajar terpaksa menyesuaikan diri semula dengan guru yang mengambilalih. Selain daripada itu, soalan WAJA dan SOLAR sepatutnya diberi pada awal tahun. Oleh itu, lebih masa untuk mengulangkaji.
            Namun begitu, guru-guru yang terlibat juga telah menunjukkan kerjasama dengan melaksanakan Program Gerak Gempur PMR yang telah diadakan di sekolah. Dalam program ini, pelajar telah diberi latihan menjawab soalan berdasarkan Modul SOLAR, mencakupi semua topik yang telah dipelajari semasa Tingkatan  1 sehingga 3.
            Kesimpulannya, guru dan pelajar masih ada peluang untuk mempertingkatkan prestasi jika diberi lebih banyak latihan, masa, dan peluang di samping iltizam dalam diri untuk terus berjaya.



Disediakan oleh,

_______________________________
(CIK MUNARATUL AINI BT YAHAYA)
Penyelaras Sains 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan