Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 28 Jun 2011

PEKA SAINS TING. 2 - EKSPERIMEN 3 (GEOTROPISME BAGI AKAR TUMBUHAN)

TAJUK:         GEOTROPISME

1.0)     TUJUAN:      Mengkaji gerakbalas tumbuhan terhadap graviti.

2.0)     HIPOTESIS: Tumbuhan bergerakbalas terhadap graviti.

3.0)       PEMBOLEHUBAH:
            3.1)     Dimalarkan:  Tumbuhan yang sama jenis
            3.2)     Dimanipulasikan: Arah kedudukan tumbuhan diletakkan.
            3.3)     Bergerakbalas: Arah akar dan pucuk tumbuhan

4.0)       RADAS DAN BAHAN:
4.1)       Piring petri
4.2)       Biji benih, kacang hijau
4.3)       Kapas
4.4)       Air
4.5)       Pelekat

5.0)       LANGKAH-LANGKAH:
5.1)       Kapas dilekatkan dengan pelekat di dasar piring petri.
5.2)       Kemudian, kapas itu dibasahkan dengan air.
5.3)       Langkah 5.1) sehingga 5.2) diulangi. Piring petri pertama ditandakan dengan A, manakala yang kedua dilabelkan sebagai B.
5.4)       5 biji benih kacang hijau diletakkan di atas kapas yang dibasahkan dalam kedua-dua piring petri masing-masing  dan dibiarkan bercambah selama 3 hari.
5.5)       Kemudian, piring petri B disandarkan pada dinding untuk mendapatkan kedudukan melintang.
5.6)       Arah kedudukan pucuk dan akar tumbuhan diperhatikan setiap hari selama 3 hari.
5.7)       Pemerhatian dilukiskan dalam Rajah 1.

6.0)       PEMERHATIAN DAN KEPUTUSAN:
Piring Petri A
Piring Petri B
















Rajah 1. Arah kedudukan tumbuhan dalam piring petri A dan B.
7.0)       PERBINCANGAN DAN ANALISIS:
7.1)       Pucuk tumbuhan dalam piring petri A dan B menghala ke arah __________.
7.2)       Akar tumbuhan dalam piring petri A dan B menghala ke arah _________.
7.3)       Daya tindakan graviti mengarah ke _______________.
7.4)       Pucuk menunjukkan gerakbalas _______________ negatif manakala akar menunjukkan gerakbalas geotropisme ____________.
7.5)       Geotropisme penting bagi tumbuhan untuk mendapatkan ________.
           
8.0)       KESIMPULAN:
            8.1)     Akar tumbuhan bergerakbalas terhadap __________                                             (geotropisme                positif).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan