Rabu, 27 Julai 2011

CERAMAH MOTIVASI GURU 2011

PROGRAM: KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SABK PERAK 2011
Hari: 23.Julai.2011
Masa: 9.00 – 11.00 PG.
Tempat: Maahad Al Tarbiah Al Islamiah, Jln. Trong, Changkat Jering, Perak.
Penceramah: En. Mohd Radzi B. Ismail (Pengetua SMKA Kerian)


1.0       Pelan Taktikal SPM 2011
           
            1.1       Fasa 1 (Jan. – Apr.)
                        - kelas lompatan Saujana
                        - bengkel akademik
                        - kem akademik
                        - Program Jalinan Mesra

            1.2       Fasa 2 (Mei – Ogos)
                        - program bersama Pentadbir
                        - program Kepung
                        - Teknik  Menjawab
                        - kelas lompatan Saujana
                        - latih tubi berfokus
                        - pecutan akhir

            1.3       Fasa 3 (selepas Peperiksaan Percubaan)
                        - program bersama Pentadbir
                        - latih tubi berfokus
                        - program Pecutan Akhir

2.0       Peranan ibubapa dalam membimbing pelajaran anak-anak sangat penting. Ibubapa diberikan surat pengakuan anak mereka telah selesai membuat kerja sekolah.

            2.1       Ibubapa pelajar yang berpotensi lulus dipanggil untuk memberi laporan       penilaian keputusan peperiksaan anak mereka.
                                                 
3.0       Peranan guru dan pihak sekolah
          
           3.1        Sukatan pelajaran mesti dihabiskan sebelum bulan Mei.
            3.2       Pelajar yang berpotensi cemerlang boleh menjalani Ujian Pra atau Pre-Sit.   Soalan             daripada Ujian Pra boleh diambil daripada soalan Peperiksaan            Percubaan        yang lepas.
            3.3       Program Kepung – pelajar buat soalan ujian percubaan daripada sekolah     lain.  
            3.4       LAST – Pecutan Terakhir; iaitu program yang diadakan selepas       Peperiksaan     Percubaan 
            3.5       Takwim Peperiksaan dan cogankata “Perak Sentiasa di Puncak        Kegemilangan” ditampal di tempat yang mudah dilihat.
            3.6       Count Down Menjelang Peperiksaan diletakkan di kantin sekolah.
            3.7       Sasaran pelajar terhadap subjek ditampal pada meja masing-masing.
            3.8       Mesyuarat Post-Mortem diadakan selepas sesuatu peperiksaan.
            3.9       Soalan beserta skema jawapan diletakkan dan ditampal di meja kantin        sekolah.
            3.10     Ilmu di merata tempat dalam kawasan sekolah sesuai dengannya sebagai    sebuah             institusi pendidikan.
            3.11     Pencerapan guru dan buku latihan oleh Pengetua.
            3.12     Pembelajaran Berfokus selepas Jun 2011.
            3.13     Pelajar mengaminkan doa setiap kali semasa perhimpunan pagi.
            3.14     Lawatan Penanda Aras ke sekolah terpilih.
            3.15     Program Kebitaraan pelajar – iaitu perjumpaan pelajar, guru dan ibubapa.
            3.16     Istiqamah Cemerlang, Sekolah Gemilang.
            3.17     Tugas memotivasikan dan memberi semangat pelajar dilaksanakan oleh       Pengetua, manakala guru hanya mengajar sahaja.

4.0       Peranan pihak lain
            4.1       Fasilitator yang terdiri daripada Alumni Sekolah dipanggil pada waktu cuti            untuk membantu adik-adik “junior”.
                                       
5.0       Penutup dan jamuan makan.


Disediakan oleh:
                 
..................................................................
(MUNARATUL AINI BT YAHAYA)
                                   







Selasa, 26 Julai 2011

BIODIVERSITY (SAINS TINGKATAN 2)

PROGRAM GEMPUR SAINS PMR NEGERI PERAK 2011

Assalamualaikum. Seperti yang telah dimaklumkan secara lisan. Terima kasih.

PROGRAM GEMPUR SAINS PMR 2011
Hari: 21.Julai.2011
Masa: 8.00 – 5.00 petang
Tempat: PPD Kuala Kangsar
Pengerusi: Pn. Hamizah Bt Abdul Hamid

1.0       Taklimat daripada Pn. Hamizah Bt Abdul Hamid (JPN Perak)

            1.1       Mesti mempertimbang budaya kerja mengikut stesen berdasarkan 3 perkara; iaitu
                        a)         kualiti (Q)
                        b)         kuantiti (N)
                        c)         Gred Purata Negeri (GPN)
            1.2       Pencapaian negeri Perak dalam PMR 2010 bagi subjek Sains:
                        a)         kualiti – 26.96 %
                        b)         kuantiti – 92.31 %
                        c)         GPS – 2.89
            1.3       Sasaran negeri Perak 2011-
                        a)         Peperiksaan Percubaan – 20 % Q, 85 % N
                        b)         PMR Sebenar – 35 % Q, 100 % N
            1.4       Headcount pencapaian terbaik dalam 5 tahun mestilah boleh mencabar tetapi          masih boleh dicapai.
            1.5       Jika mahu Guru Cemerlang membantu sekolah, mohon pada PPD masing-masing.
            1.6       Program RESIT – bincang semula apabila gagal.
            1.7       Dasar Latihan Minimum – P1 – sekurang-kurangnya 10 set soalan
                                                                   P2 – sekurang-kurangnya 10 set soalan
                                                                   PPT dan negeri-negeri lain – 10 set soalan (soalan                                                                 sekolah lain boleh diakses daripada laman web SMK                                                            Mudzaffar Shah, Melaka)
                        Semuanya mesti dilakukan ke arah mencapai sasaran Top 3.
            1.8       Tugasan selepas kursus-
                        a) menyebarkan maklumat
                        b) membuat perancangan kecemerlangan Sains secara bertulis
                        c) sediakan Headcount Sains (TOV, Sasaran Peperiksaan Percubaan, & PMR)
                        d) nyatakan 5 atau lebih strategi meningkatkan pencapaian Sains.
                        e) senaraikan faktor kritikal yang dihadapi
                        f) senaraikan cara mengatasi masalah
                        g) hantar sesalinan laporan tersebut kepada JPN & PPD untuk makluman dan                         tindakan lanjut dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kursus
                        h) perbincangan tersebut mesti merangkumi 3 faktor Q, N dan GPMP.
                        i) sertakan sekali nama sekolah supaya mudah membuat pemantauan
            1.9       Cabaran bagi negeri Perak, untuk mengangkat martabat dan maruah iaitu daripada             3 segi, iaitu:
                        a) pencapaian akademik (Peperiksaan Awam)
                        b) pencapaian kokurikulum (MSSM, Larian 1 Malaysia, 1 Murid)
                        c) imej perkhidmatan
            1.10     Setiap ujian dipantau oleh KPM.
            1.11     Sasaran JPN untuk Sains – 100 %.
            1.12     Segala tuntutan berhubung perjalanan, boleh dihantar kepada Pn. Hamizah Bt        Abdul Hamid, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak dalam masa seminggu      daripada tarikh kursus.

2.0       PNP Menjelang PMR (Pn. Noriza Bt Awang, SMK Raja Permaisuri Bainun, Perak)

2.1       Dalam jangkamasa 10 tahun, prestasi SMK Bainun meningkat daripada 52 ke 89 % bagi gred A tanpa C.
2.2       Percayalah kejayaan pelajar bermula dengan kehebatan gurunya.
2.3       Kekuatan, iaitu kita punya impian. Percaya diri, semua mempunyai 1 misi, iaitu kejayaan pelajar.
2.4       Kelas tambahan bermula seawal Januari. 5 minit sebelum tamat kelas, pelajar diminta membaca kandungan buku teks bagi setiap topik yang telah diajar tadi.
2.5       Waktu emas, selepas Peperiksaan Percubaan PMR... iaitu dengan membuat kelas tambahan secara giat. Subjek yang tidak dimuatkan dalam PMR seperti Pendidikan Sivik, PJK dan lain-lain diambil dan diganti dengan kelas Sains.
2.6       Setiap daripada kita ada kekuatan masing-masing.
2.7       Mesti ada “sense of emergency”.
2.8       Tips kejayaan:
            a) gabungkan kegigihan dengan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru
            b) gunakan pelbagai pendekatan dan cara
            c) belajar dan kaji kegagalan kita
            d) kritis terhadap diri sendiri
            e) jika terdapat kelemahan, mengambil langkah profesional
            f) setiap berlaku ada hikmahnya, luputkan kekecewaan
2.9       Buat perancangan, iaitu tugasan atau soalan yang disediakan, selepas itu, buat catatan untuk Pengetua semak.
2.10     Contoh PNP:
            Soalan Latih Tubi, tetapkan mukasurat.
            40 soalan objektif, jawab dalam masa 40 minit (1 waktu)
            2 waktu untuk buat Kertas 2 (1 waktu buat, 1 waktu bincang), 1 waktu untuk buat Kertas 1.
2.11     Latih tubi – guru melatih pelajar secara berkala. Pelajar pula buat latihan secara bertubi.
2.12     Pra-Ujian.
2.13     Kelas lemah – latihan soalan objektif (No. 1, 2, 7 dan 8)
            Sentiasa bagi galakan atas pencapaian pelajar, buat latihan bersama-sama. Jawab dalam Bahasa Melayu.
2.14     Beri peluang pelajar membaca, buat latihan dan pemulihan.
2.15     Graf Prestasi Pencapaian:
            - dibuat oleh guru
            - setiap kali selepas perbincangan dengan pelajar
            - dipantau guru
2.16     Contoh PNP pelajar lemah:
            - beri pelajar buat soalan yang mereka tidak tahu
            - 3 set pertama rujuk buku
            - 3 set ke-2 yang tidak tahu bertanya kawan
            - 3 set lagi lagi buat di rumah
2.17     Contoh PNP pelajar sederhana:
            - latihan objektif sebanyak mungkin melibatkan Kertas 2
            - sentiasa menggalakkan mereka
            - buat latihan bersama mereka, beri mereka peluang untuk menjawab soalan
2.18     Contoh PNP bagi pelajar cemerlang:
            - latihan objektif sebanyak mungkin
            - bagi Kertas 2, jawab soalan No. 5, 6, 7 dan 8 sebanyak mungkin
2.19     Perak di Puncak Kecemerlangan

3.0       Keywords (Pn. Lee Bee Chin)

3.1       Dalam slot ini, Pn. Lee menerangkan sepintas lalu topik-topik yang terkandung dalam Sains (Tingkatan 1 hingga 3).
3.2       Kemahiran dalam topik ini ialah belajar melalui diagram.
3.3       Boleh diakses melalui laman web Portal JPN Perak.

4.0       Strategi Peningkatan Kualiti Sains PMR (Pn. Chong Paik Yeu)

4.1       Pencapaian SMKJ Ave Maria Convent, Ipoh pada 2008 – A = 63.57 % dengan GPK = 1.63. Manakala pada tahun 2009, % A = 62.66 dengan GPK = 1.73 dan tahun 2010, % A = 69.95 %, GPK = 1.54
4.2       Program yang dijalankan sekolah ini ialah:
            a)         PA BOLEH
                        - pelajar kelas peralihan, minimum 15 orang
                        - PRS terdiri daripada Ting. 4 dan 5 membimbing pelajar lain
                        - memperbaiki BM dan BI
                        - dengan cara ini, sekurang-kurangnya pelajar dapat B
            b)         GEM (Get Everyone Moving)
                        - melibatkan semua warga sekolah
                        - analisis pencapaian dibuat untuk tentukan kumpulan pelajar berdasarkan prestasi
                        - selepas itu, pelajar tandatangani akujanji dengan pihak kaunselor tentang                markah TOV, sasaran PPT, dan PMR dan ditampal dalam buku.
            c)         Latih Tubi Berfokus
                        - selepas setiap topik diajar
                        - buku kerja Sains sebagai latihan tambahan.
            d)         Kuiz Sains
                        - berdiri 5 minit sahaja sebelum kelas.
                        - secara lisan sahaja sebagai set induksi/ refleksi
                        - merupakan satu cara berkesan pelajar menumpukan perhatian
            e)         Program MIRIP
                        - selepas Peperiksaan Percubaan, jawab soalan daripada negeri lain
                        - waktu PNP bagi Pendidikan Sivik, Pendidikan Moral dan PJ digunakan untuk                    melaksanakannya (Perhatian: Perancangan ini dibuat oleh PK1)
                        - perbincangan jawapan dibuat pada waktu PNP Sains
            f)         Teknik Menjawab Soalan
                        - teknik menjawab soalan PMR oleh guru pemeriksa kertas Sains PMR.
            g)         SOLAR Sains
                        - pelajar jawab di rumah
                        - guru bincang dengan pelajar semasa PNP berlangsung
            h)         Answer To Score PMR
                        - diadakan selepas setiap bab
            i)          Tuisyen
                        - diadakan untuk pelajar sasaran A, tetapi tidak dapat A
                        - kelas tambahan selepas sekolah

5.0       Tiada Gagal untuk Sains (Pn. Azlina Bt Osman Tajuludin)

5.1       Bagi Headcount, OTI disediakan terlebih dahulu.
5.2       Jika menjawab tidak memenuhi kehendak soalan, caranya ialah dengan “highlight” kata kunci.
5.3       Kurang menguasai konsep asas Sains dan tidak tahu teknik menjawab soalan. Cara mengatasi dengan menekankan konsep asas dan memberi pendedahan cara menjawab soalan dengan betul.
5.4       Soalan peperiksaan sukar. Jadi, selitkan soalan mudah untuk memotivasikan pelajar.
5.5       Tidak dapat menjawab soalan aras kesukaran tinggi. Jadi, mesti buat ulangkaji tekankan soalan sederhana dan lemah.
5.6       Peningkatan % kelulusan pelajar:
            a)         Jawab SOLAR
            b)         Tuisyen untuk pelajar GALUS
            c)         Latih tubi intensif – label gambarajah. Bagi Kertas 2, latihan bagi soalan 8 diulangi. Latihan objektif dibincangkan sepenuhnya, iaitu pelajar baca berganti-           ganti seorang demi seorang.
            d)         Latihan Kertas Peperiksaan Sebenar dengan bimbingan guru.
            e)         Program Kepung – setiap kumpulan 5 orang pelajar, beri bimbingan             berkumpulan.
            f)         Mengaitkan Sains dengan kehidupan seharian kita (kontekstual).

6.0       Rehat (1.00 petang)

7.0       Kemahiran Soalan 5 & 6 (En. Vijan a/l Muthu)

7.1       En. Vijan membincangkan cara menjawab Kertas 2 Soalan No. 5 dan 6 seperti dalam lampiran.


8.0       Kemahiran Soalan 7 & 8 (En. Ooi Sey Yee)
                                                 
8.1       En. Ooi membincangkan cara menjawab Soalan 7 dan 8 Kertas 2 seperti dalam lampiran.
8.2       Q7 – observation/ classification
            - boleh guna “has/ no” atau “with/ without”
            Q8 – Observation- perhatikan perbezaan (terlebih dahulu dinyatakan dalam soalan)
            - inferens (selalu guna perkataan kerana iaitu sebab bagi pemerhatian)
            - hipotesis (RV dan MV)
            - hubungkait (samada kaitkan RV dengan MV, atau susun dalam urutan menaik)
            - pembolehubah
            - definisi secara operasi (menyatakan RV)
            - melukis graf (plotkan “point”, sambung titik)


9.0       Penutup (lebih kurang 4.35 ptg)


Disediakan oleh:
                 
..................................................................
(MUNARATUL AINI BT YAHAYA)